gUgurls n b0b0ys

Tuesday, November 29, 2011

MOVIE LOVE MAKE LIFE BEAUTIFUL


taRaAaa..........!
well....wa hari ni nak kongsi lagi 1 movie best
ni movie india mari
romate wa yang cadangkan wa tengok 
eh wa melayu tau tapi wa layan je cerita-cerita india
tak de hal la..
kita kan 1 malaysia
hehehe
cerita ni best tapi romate wa kata susah nak cari yang ada subtitle
dia pusing semua kawasan masjid india baru jumpa yang ada subtitle inggeris
s0 korang kalau berhajat nak tengok, ce usahakan cari deka kedai-kedai cd
mesti jumpa tu
movie ni lawak gila kot
tambah-tambah lagi watak her0in yang ceria 24jam

ok meh wa bagi sinopsis dia

movie ni pasal santhosh subramaniyam yang jadi anak bapak walaupun umur 24tahun
baju dia pakai bapak dia pilih
makan macam mana bapak dia ajar
j0d0h pun bapak dia yang cari
tapi disebabkan umur dah meningkat dia rasa nak berdikari
tak nak semua bapak yang buatkan
s0 kita teng0k la apa si santhosh ni buat supaya dapat cari j0d0h sendiri!
^-^

Sunday, November 27, 2011

MOVIE GHAJINI

handsome!

hero dan heroin Ghajini



haluuUu gugurl kacak dan b0b0ys cun semua....
wa saja nak k0ngsi 1 m0vie paling best wa tengok tahun ni
actully movie ni dah keluar lama
tapi dlm bln 7 lepas kawan wa bernama jiha bagi wa movie ni
beriya-iya dia kata best
jadi wa yang sedang keb0ringan masa tu pun layan la cerita ni kul 1 pagi
fuh!
memang best
wa dah teng0k m0vie ni 4 kali dalam masa 4 bulan
s0 k0rang b0leh bayang la kan best mcm mana
ni bukan cerita hindustan cinta-cinta je
ada yang lebih menarik daripada tu
jalan cerita dia
pada wa sy0k
mula-mula suspen
lepas tu happy,senyum,gelak-gelak
dah tu sedih-sedih pulak
dalam cerita ni amir khan ada penyakit hilang ingatan
dia cuma ingat untuk tempoh masa 15minit
lepas tu lupa balik
kesiankan?
s0 k0rang cari la movie ni
tak menyesal teng0k
=)

ni wa ada terjumpa Ghajini versi India punya
wa tak tau la jalan cerita dia exactly sama atau tak
tapi berdasarkan sinopsis yang ditulis bawah vide0 ni wa rasa sama.cuba la teng0k!
*peringatan.vide0 ni tak ada translation. >_~

Friday, November 25, 2011

BUAH PISANG KAKI



ni la dia buah pisang kaki
wa tertanya-tanya kenapa panggil pisang?
ermMm...
wa tau generasi muda ni ada yang tak kenal pisang kaki
jadi wa k0ngsi la dekat k0rang rupa pisang kaki ni
jadi lepas ni kalau terjumpa b0leh la kenal
(>_~)
wa beli pisang kaki ni dekat pasar tanjung malim kelmarin
RM1.20 sebijik
niat asal ke pasar nak cari sabut kelapa untuk mini projek bi0tech 
tapi lepas berjaya dapatkan sabut tu wa tak terus balik
wa pusing-pusing dulu dekat pasar tu
sy0k teng0k ramai makcik-makcik, ny0nya-ny0nya,adik-adik menjual dekat pasar
macam-macam hasil pertanian ada

pasar tg.malim

ni la dia suasana pasar tanjung malim




Sunday, November 20, 2011

CINTA ADAM DAN HAWA

hai g0od girls n rajin b0ys
wa baru lepas selesaikan latihan biostatistic
fuh.....
banyak lagi yang wa lemah paper ni
ok dah st0p
wa nak k0ngsi lagi satu buku cerita yang wa dah habis baca
habis baca dah lama tapi hari ni baru dapat nak k0ngsi cerita
CINTA ADAM DAN HAWA




pada pendapat wa buku ni sangat bagus sebab buku ni dah menambah ilmu wa tentang sejarah Islam
eh kejap
lupa nak bagi tahu
buku ni bukan pasal cinta adam dan hawa je
buka cinta antara lelaki dan perempuan je
tapi kisah tentang
Ashabul Kahfi
Nabi Musa dan Qarun
Nabi Yusuf
Thalut dan Jalut
wa yakin ramai di antara kita dah lupa pun kisah Nabi Musa dan Qarun ni
kalau tak lupa pun tentu dah ingat-ingat lupa apa kisah yang terjadi secara detail
kn?
heheheh
ok wa tau sebab wa pun macam tu
jadi tak rugi la kita beli buku ni
ambil tahu balik tentang kisah-kisah zaman para nabi ni supaya jadi pengajaran
supaya b0leh kita ceritakan pada anak-anak buah,anak murid,anak sendiri
buku ni murah je
RM20 terbitan Mustread

Saturday, November 19, 2011

REKREASI DARAT - LANGKAWI


 Aktiviti pengayaan Rekreasi Darat yang ke 2 ialah ke Pulau Langkawi
sangat teruja sebab wa pernah pergi sana masa tahun 1990 tapi masa tu wa dalam perut mak
jadi wa tak nampak apa-apa la kan?

On the way to Kuala Perlis

oh!dah nak naik feri ke Langkawi!

feri dah gerak

pemandangan di sepanjang perjalanan. cantik sangat. =)

ok dah sampai setelah menempuh lebih kurang 45min perjalanan

Aktiviti kami pada hari ke 2 ialah melanc0ng
waweEeE...!!
hahaha
tempat pertama yang kami singgah ialah tempat jual barang-barang berasas gamat
ce teng0k gambar bawah ni
minyak tu tengah panas tau
mengelegak
tapi jari b0leh dicelup dalam minyak tu tanpa melecur
ajaibkan?
oh hebat......

minyak gamat yang sedang di masak

seterusnya kami ke tempat bersejarah iaitu kawasan beras terbakar
dikatakan masa zaman dulu selepas mahsuri mati dibunuh kerana difitnah, Langkawi mengalami peperangan
t0k penghulu membakar semua st0k padi yang ada untuk elakkan musuh menguasai bekalan makanan
tu yang wujud kawasan beras terbakar ni

kawasan beras terbakar

ok hari ke 3 paling mengujakan semua orang terutamanya wa yang dah lama tak naik basikal
n____________________________n
kami akan berbasikal sejauh 10km pergi dan 10km balik untuk ke Gunung Mat Chincang
fuh!
memang puas la mengayuh
lagi-lagi part naik bukit
semp0ttt....

siap sedia untuk berbasikal ke gunung mat chincang dari S.K.Ewa

kerbau sedang berkubang

ok tu t0pi wa

rehat-rehat dulu. lenguh dah

ok dah sampai dekat kawasan Gunung Mat Chincang, kami semua parking basikal
beratur punya la panjang nak beli tiket
*kepada warganegara Malaysia sila bawa kad pengenalan untuk mendapat harga p0t0ngan sehingga rm15
lepas beratur beli tiket, beratur pulak nak naik kereta kabel
wa0wwww....ni super duper panjang
kami beratur sejam dekat sini tau
k0rang kalau rasa-rasa tak sanggup tunggu,el0k pergi duduk je teng0k kereta kabel dari jauh
hahaha
TAPI!
bila dah sampai atas k0rang akan rasa berbal0i-bal0i.....
hehehe
sejuk
pemandangan hijau,biru
udara nyaman
cantik
p0k0k-p0kok dari atas nampak macam br0k0li je
geram

pemandangan dari atas Gunung Mat Chincang

Jambatan yang turut berada di atas gunung.(gayat ok bila naik jambatan tu.berg0yang-g0yang ditiup angin)

Merenung pulau dan lautan yang menakjubkan!
 ok hari terakhir kami sh0ping-sh0ping je
beli c0k0lat
sangat murah 

c0nt0h
c0klat daim 300g
Langkawi : RM14.90
Jaya Jusco : RM34.90
mak aiii..RM20 beza!


Friday, November 18, 2011

501 PERSOALAN FIKAH WANITA

Assalamualaikum ya sahabat....
wa baru je sihat setelah beberapa hari tak pergi kuliah
2 test tak ambil lagi
fuh
sem0ga wa akan terus sihat untuk hari-hari mendatang
tak ser0n0k tau sakit?
terbaring
tak dapat jumpa kawan-kawan
tak dapat pergi kuliah
makan bubur
minum air banyak-banyak sampai muntah
pergi tandas setiap jam
masa sakit wa rasa seksanya.....bila nak baik ni
tapi bila fikir-fikir balik banyak hikmah wa dapat daripada kesakitan tu
luka dekat kaki wa cepat kering sebab badan wa panas sampai suhu 38.3
mungkin berat wa pun dapat turun sekil0 dua sebab makan je cepat keluar balik
then 1 lagi k0rang tau kan bila kita sakit Allah akan hapuskan d0sa-d0sa kecil kita?
mungkin wa banyak d0sa sebelum ni jadi Allah bantu wa kurangkan d0sa tu dengan memberi wa sakit
adilkan?
n_____n
ni semua dugaan je
wa untung dapat kawan-kawan yang menjenguk,bawak wa pergi klinik,suap wa makan,basuh baju wa
bukan senang dapat kawan masa susahkn?
syukur alhamdulillah


ok sekarang wa nak k0ngsi tentang sebuah buku yang wa baca
tapi belum habis baca lagi la
heEe...
buku 501 Persoaln Fikah Wanita
bagusnya buku sebab dalam buku ni banyak menjawap pers0alan-pers0alan yang biasa kita para wanita akan fikir dan alami
pers0alan tentang puasa ganti, bayar fidyah, s0lat, ambil wuduk, pakaian, cara cuci najis dan macam-macam lagi
el0k la kita beli dan baca sebab kebanyakkan pers0alan yang dijawap dalam buku ni akan kita alami juga nanti
c0nt0h macam pers0alan bila kita mengandung dalam bulan puasa
kalau takut kesihatan kandungan terjejas,kita pun berbuka
jadi kita kena ganti je ke?atau bayar fidyah sekali?
dalam buku ni ada jawapan untuk pers0alan tu
s0 beli la ye
buku ni terbitan PTS
harga RM 19.50 je
beli la untuk kemudahan kita di masa depan
=)

Sunday, November 13, 2011

APA WA KESAH DENGAN TERFAKTAB?

ok nak menang kena bagi tajuk gempak sikit.
(tengok skrin lapt0p sambil angkat-angkat kening,her0tkan mulut).
k0rang pernah baca bl0g terfaktab?
wa selaluuuu baca.
pengakuan kat sini yang wa tiap kali bukak internet mesti wa klik link terfaktab.
betul.
serius.


ok tak berapa nak serius muka tu


muka ni cukup serius kn?kn?

ni bukan nak b0dek ke hape.
wa memang selalu tertunggu-tunggu entry kat terfaktab.
bagus.
mengujakan.
sy0k.
masyuk.
hebat.
peh!
memang mant0p la.
pada wa tulisan tentang chenta,kehidupan,asam garam,kunyit belacan dekat terfaktab memang tulus ikhlas.
walaupun kadang-kadang masa baca tu rasa pahit,kelat.
tapi lepas dikhadam isi entry tu wa ada rasa manis-manis.
wa rasa semua ahli skuad terfaktab telah berjaya menulis dengan baik.
wa jeles sebenarnya sebab wa tak ada bakat tu.
kadang-kadang dalam kepala wa rasa nak bincang,luahkan t0pik-t0pik menarik tapi bila cuba menulis wa rasa tak best.
tak macam dalam terfaktab.
tiap kali baca entry-entry kat terfaktab wa mesti tergelak-gelak
skuad terfaktab memang semp0ii....lah!
n__________n
bersempena ulangtahun pertama terfaktab wa d0akan sem0ga lu orang berjaya memajukan lagi bl0g tu
actually wa peminat Mr.K
ehem
ok dah st0p


KUIH KERIA

Assalamualaikum...
ehem ehem.
ok hari ni hari last cuti pertengahan sem.
semalam wa bawak balik keledek dari rumah.
harap-harap mak tak teringat nak cari keledek tu sebab wa dah bawak lari.
hahahah.


sambil belek-belek kerja rumah LK ni wa macam blurrr
seminggu tinggal jadi rasa lambat sikit nak tangkap
wa rasa nak tinggalkan dulu kerja ni dan cari ketenangan
wa nak buat kuih keria daripada keledek yang wa bawak tu
sebenarnya buat kuih ni pakai kentang pun sedap tau
wa pernah cuba guna resepi kak rai
jadi j0m wa tunjukkan cara-cara nak buat kuih ni

Bahan-bahan :
keledek (biasanya pakai keledek warna oren tapi kalau pakai yang warna ungu beli dekat camer0n pun boleh.wa penah buat.cuma warna pelik la)
air
tepung gandum
garam - secubit
gula pasir - 4 sudu
gula melaka - setengah buku

Langkah-langkah :


potong keledek tu kecik-kecik macam ni lepas tu rebus guna air biasa.
letak sikit garam.
masa rebusan bergantung pada saiz dan ketebalan keledek.
jadi check selalu la ye guna garfu.
bila dah empuk,tapis air dan buang.
biar keledek tu sejuk dulu.
lepas sejuk kita lenyek dia.
letak tepung gandum dan gaul bagi jadi doh.
tambah tepung sampai doh tak melekit
kemudian bentukkan dia jadi bulat macam donut dan tebuk kat tengah guna jari telunjuk


lepas dah bentukkan tu kita goreng la sampai keemasan macam ni



lepas g0reng keria tu kita nak sira dia dengan gula
wa campurkan gula melaka dengan gula pasir dalam air suam


lepas dia agak-agak larut dalam air, tuang dalam kuali.



kacau sampai dia jadi pekat macam ni tau
bila kita angkat dia takkan menitis
lepas tu masukkan keria tadi dan gaul sampai gula tu kering pada permukaan kuih
memang makan masa sikit nak tunggu dia kering
sabar banyak-banyak =)


ni hasilnya!





Saturday, November 12, 2011

NAK APA SEBENARNYA?

bila dah masuk umur 21 ni mula la musim kawen
baru-baru ni s0rang lagi kawan wa kawen
yang lain pun mula teruja
terrrrmasuklah wa sendiri
haha
keluarlah dial0g-dial0g ni

"nak kawen gak"

"lepas ni agak-agak siapa yang kawen?"

aisS...
KAWEN
apa yang kita harapkan daripada sebuah perkahwinan?
bila tengok orang kawen,kita pun nak jugak
orang makan ais krim cornetto, kita pun nak jugak makan
kawen bukan senang macam beli ais krim
tau?
kawen ni perlu ada persediaan duit,rasa tanggungjawap,matang,saling melengkapi,h0rmat-mengh0rmati.
ok sekarang wa nak senaraikan beberapa perkara penting yang terlintas kat kepala wa ni

1. MAJLIS PERKAHWINAN
hantaran(perempuan):
-beg tangan
-kasut
-cekelat (paling tak pun ferrari r0che)
-cincin/gelang/rantai ( RM 500++)
-bunga telur
-Al-Quran
-telekung
-minyak wangi (kurang-kurang rm200++)

kad jemputan
-500 keping
(sekeping RM1.kalau nak lagi bajet,f0t0stat pakai kertas A4.lepas tu p0t0ng empat.mwhahahah...)

katering
-sekepala RM10
500 kad x 2 orang = 1000 orang
1000 x RM 10 = RM10 000
(musti kita kena lebihkan ni sebab selalunya orang datang majlis kawen bawak satu batali0n.mana cukup untuk 1000 kepala)

baju,pelamin,makeup bagai
-RM3000

dll.......

ok selamat la kamu-kamu diijabkabulkan

untung-untung dapat banyak hadiah daripada family n kawan-kawan
hadiah selalu kita akan dapat

  • rice cooker
  • blender
  • dapur gas dua tungku



dannn...beberapa perkakas rumah yang lain
ok kat sini jimat sikit la bila pindah rumah baru
tapi kena ingat banyak lagi barang-barang penting yang kita kena beli macam

  • katil
  • almari baju
  • peti ais
  • mesin basuh
  • pinggan mangkuk sudu garfu periuk belanga
  • kereta
fuhh
macam2

lepas setahun.....
dapat baby pulak
bersalin hospital kena bayar
nak murah pergi kerajaan
kalau nak masyukk masuk hospital swasta
tp bayar pun masyukk la
barang-barang baby lagi

  • lampin
  • baju
  • sabun
  • susu (nak jimat bagi susu ibu je.tu pun kalau tak ada apa-apa masalah.kalau kurang susu?kena jugak beli susu tepung)
  • st0kin
dll.......

see???
banyak tanggungjawapkan?
ni cuma dari segi fizikal je
berbentuk barangan
tu belum campur masalah bergaduh dengan biras,beras
mak mertua tak suka kau jadi menantu dia
kau tak selesa nak balik rumah dia yang sedang-sedang je padahal rumah kau kemain besar lagi
sebelum kawen banyak yang kita kena fikir
kena fikir dah pandai urus suami,anak-anak ke?
pandai masak dah?
sampai bila nak bagi suami,anak-anak makan lauk kedai?
boleh ke kita biasakan diri jarang-jarang balik kg kita sebab suami kita orang utara,kita orang selatan?
tu dia......
panjangnye entry ni
ok stop
h0pefully kita semua berjaya menempuh alam rumahtangga dengan jayanya
peace!  >_~

Friday, November 4, 2011

GEL ELECTROPHORESIS



DNA suspek-suspek





Micropipetter



Sepetang pemandangan dari makmal selepas CSI menampakkan banjaran titiwangsa.