assalamualaikum...;)
hai mak cik, pak cik, kak l0ng, kak ngah semua!
petang ni wa nak c0t cet cot cet pasal resepi karipap sardin
wa wat minggu lepas
teringin nak makan
tengok sardin 1 tin pun ada
bahan-bahan semua cukup
wa ni pembuat karipap amatur
jadi kalau ada salah silap tegur-tegur la ye
s0 meh wa k0ngsi cara dan bahan-bahan wa wat karipap sardin
Bahan-bahan :
INTI
1 tin sardin (yang paling besar tu tau.yang ada 3,4 ketul sardin besar-besar tu)
2 biji telur
2 ulas bawang putih - tumbuk
1/2 biji bawang besar - hiris
sedikit halia - tumbuk
sos cili
sos tomato
cili kisar/giling
KULIT KARIPAP
tepung gandum - 2 cawan
mentega - 3 sudu
minyak yang dipanaskan - 4 sudu
1/2 cawan air suam dan sedikit garam - dilarutkan
Langkah-langkah membuat inti:
- Asingkan ikan sardin dengan sosnya
- Goreng ikan sardin sehingga garing dan angkat
- Pecahkan 2 biji telur dan goreng. Hancurkan telur ni tau
- Kemudian panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan halia sehingga naik bau
- Masukkan cili kisar dan tumis hingga garing
- Masukkan ikan sardin yang telah digoreng tadi, telur hancur, sos cili, sos tomato dan sos yang diambil daripada tin sardin
- Akhir sekali masukkan bawang besar yang telah dihiris
- Kacau sehingga inti tadi jadi sedikit kering
- Tutup api
Langkah-langkah membuat kulit karipap:
- Sediakan 1 bekas besar dan letak tepung gandum.
- Ambil 3 sudu mentega dan gaulkan ke dalam tepung tadi
- Panaskan minyak masak dan tuangkan ke dalam campuran tepung dan mentega
- Gunakan sudip dan gaul rata ketiga-tiga bahan tadi (guna sudip sebab minyak tadi panas. Nanti takut melecur jari-jari tu =)
- Kemudian masukkan air garam sedikit demi sedikit.
- Ha sekarang gunakan tangan tu untuk uli adunan supaya jadi macam dalam gambar kat bawah ni.
Langkah-langkah membuat karipap:
- Gelek doh karipap tu sampai besar tapak tangan
- lepastu ambil 2 sudu inti sardin dan letak ditengah-tengah
- Lipat kulit dan dan kelim di tepi sampai habis
- Bila dah jadi macam ni, boleh la g0reng.
- Lepas tu boleh la makan
- nyum!
saya suka kalau karipap tu dihnya ada sikit minyak sapi... baunya lebih bangkit dan rasanya agak enak
ReplyDelete~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
Convert Enjin Daihatsu YRV
oh terima kasih b'k0ngsi pndpt!
ReplyDeletebaru tau
mgkn nanti blh cuba