gUgurls n b0b0ys

Friday, November 18, 2011

501 PERSOALAN FIKAH WANITA

Assalamualaikum ya sahabat....
wa baru je sihat setelah beberapa hari tak pergi kuliah
2 test tak ambil lagi
fuh
sem0ga wa akan terus sihat untuk hari-hari mendatang
tak ser0n0k tau sakit?
terbaring
tak dapat jumpa kawan-kawan
tak dapat pergi kuliah
makan bubur
minum air banyak-banyak sampai muntah
pergi tandas setiap jam
masa sakit wa rasa seksanya.....bila nak baik ni
tapi bila fikir-fikir balik banyak hikmah wa dapat daripada kesakitan tu
luka dekat kaki wa cepat kering sebab badan wa panas sampai suhu 38.3
mungkin berat wa pun dapat turun sekil0 dua sebab makan je cepat keluar balik
then 1 lagi k0rang tau kan bila kita sakit Allah akan hapuskan d0sa-d0sa kecil kita?
mungkin wa banyak d0sa sebelum ni jadi Allah bantu wa kurangkan d0sa tu dengan memberi wa sakit
adilkan?
n_____n
ni semua dugaan je
wa untung dapat kawan-kawan yang menjenguk,bawak wa pergi klinik,suap wa makan,basuh baju wa
bukan senang dapat kawan masa susahkn?
syukur alhamdulillah


ok sekarang wa nak k0ngsi tentang sebuah buku yang wa baca
tapi belum habis baca lagi la
heEe...
buku 501 Persoaln Fikah Wanita
bagusnya buku sebab dalam buku ni banyak menjawap pers0alan-pers0alan yang biasa kita para wanita akan fikir dan alami
pers0alan tentang puasa ganti, bayar fidyah, s0lat, ambil wuduk, pakaian, cara cuci najis dan macam-macam lagi
el0k la kita beli dan baca sebab kebanyakkan pers0alan yang dijawap dalam buku ni akan kita alami juga nanti
c0nt0h macam pers0alan bila kita mengandung dalam bulan puasa
kalau takut kesihatan kandungan terjejas,kita pun berbuka
jadi kita kena ganti je ke?atau bayar fidyah sekali?
dalam buku ni ada jawapan untuk pers0alan tu
s0 beli la ye
buku ni terbitan PTS
harga RM 19.50 je
beli la untuk kemudahan kita di masa depan
=)

Sunday, November 13, 2011

APA WA KESAH DENGAN TERFAKTAB?

ok nak menang kena bagi tajuk gempak sikit.
(tengok skrin lapt0p sambil angkat-angkat kening,her0tkan mulut).
k0rang pernah baca bl0g terfaktab?
wa selaluuuu baca.
pengakuan kat sini yang wa tiap kali bukak internet mesti wa klik link terfaktab.
betul.
serius.


ok tak berapa nak serius muka tu


muka ni cukup serius kn?kn?

ni bukan nak b0dek ke hape.
wa memang selalu tertunggu-tunggu entry kat terfaktab.
bagus.
mengujakan.
sy0k.
masyuk.
hebat.
peh!
memang mant0p la.
pada wa tulisan tentang chenta,kehidupan,asam garam,kunyit belacan dekat terfaktab memang tulus ikhlas.
walaupun kadang-kadang masa baca tu rasa pahit,kelat.
tapi lepas dikhadam isi entry tu wa ada rasa manis-manis.
wa rasa semua ahli skuad terfaktab telah berjaya menulis dengan baik.
wa jeles sebenarnya sebab wa tak ada bakat tu.
kadang-kadang dalam kepala wa rasa nak bincang,luahkan t0pik-t0pik menarik tapi bila cuba menulis wa rasa tak best.
tak macam dalam terfaktab.
tiap kali baca entry-entry kat terfaktab wa mesti tergelak-gelak
skuad terfaktab memang semp0ii....lah!
n__________n
bersempena ulangtahun pertama terfaktab wa d0akan sem0ga lu orang berjaya memajukan lagi bl0g tu
actually wa peminat Mr.K
ehem
ok dah st0p


KUIH KERIA

Assalamualaikum...
ehem ehem.
ok hari ni hari last cuti pertengahan sem.
semalam wa bawak balik keledek dari rumah.
harap-harap mak tak teringat nak cari keledek tu sebab wa dah bawak lari.
hahahah.


sambil belek-belek kerja rumah LK ni wa macam blurrr
seminggu tinggal jadi rasa lambat sikit nak tangkap
wa rasa nak tinggalkan dulu kerja ni dan cari ketenangan
wa nak buat kuih keria daripada keledek yang wa bawak tu
sebenarnya buat kuih ni pakai kentang pun sedap tau
wa pernah cuba guna resepi kak rai
jadi j0m wa tunjukkan cara-cara nak buat kuih ni

Bahan-bahan :
keledek (biasanya pakai keledek warna oren tapi kalau pakai yang warna ungu beli dekat camer0n pun boleh.wa penah buat.cuma warna pelik la)
air
tepung gandum
garam - secubit
gula pasir - 4 sudu
gula melaka - setengah buku

Langkah-langkah :


potong keledek tu kecik-kecik macam ni lepas tu rebus guna air biasa.
letak sikit garam.
masa rebusan bergantung pada saiz dan ketebalan keledek.
jadi check selalu la ye guna garfu.
bila dah empuk,tapis air dan buang.
biar keledek tu sejuk dulu.
lepas sejuk kita lenyek dia.
letak tepung gandum dan gaul bagi jadi doh.
tambah tepung sampai doh tak melekit
kemudian bentukkan dia jadi bulat macam donut dan tebuk kat tengah guna jari telunjuk


lepas dah bentukkan tu kita goreng la sampai keemasan macam ni



lepas g0reng keria tu kita nak sira dia dengan gula
wa campurkan gula melaka dengan gula pasir dalam air suam


lepas dia agak-agak larut dalam air, tuang dalam kuali.



kacau sampai dia jadi pekat macam ni tau
bila kita angkat dia takkan menitis
lepas tu masukkan keria tadi dan gaul sampai gula tu kering pada permukaan kuih
memang makan masa sikit nak tunggu dia kering
sabar banyak-banyak =)


ni hasilnya!





Saturday, November 12, 2011

NAK APA SEBENARNYA?

bila dah masuk umur 21 ni mula la musim kawen
baru-baru ni s0rang lagi kawan wa kawen
yang lain pun mula teruja
terrrrmasuklah wa sendiri
haha
keluarlah dial0g-dial0g ni

"nak kawen gak"

"lepas ni agak-agak siapa yang kawen?"

aisS...
KAWEN
apa yang kita harapkan daripada sebuah perkahwinan?
bila tengok orang kawen,kita pun nak jugak
orang makan ais krim cornetto, kita pun nak jugak makan
kawen bukan senang macam beli ais krim
tau?
kawen ni perlu ada persediaan duit,rasa tanggungjawap,matang,saling melengkapi,h0rmat-mengh0rmati.
ok sekarang wa nak senaraikan beberapa perkara penting yang terlintas kat kepala wa ni

1. MAJLIS PERKAHWINAN
hantaran(perempuan):
-beg tangan
-kasut
-cekelat (paling tak pun ferrari r0che)
-cincin/gelang/rantai ( RM 500++)
-bunga telur
-Al-Quran
-telekung
-minyak wangi (kurang-kurang rm200++)

kad jemputan
-500 keping
(sekeping RM1.kalau nak lagi bajet,f0t0stat pakai kertas A4.lepas tu p0t0ng empat.mwhahahah...)

katering
-sekepala RM10
500 kad x 2 orang = 1000 orang
1000 x RM 10 = RM10 000
(musti kita kena lebihkan ni sebab selalunya orang datang majlis kawen bawak satu batali0n.mana cukup untuk 1000 kepala)

baju,pelamin,makeup bagai
-RM3000

dll.......

ok selamat la kamu-kamu diijabkabulkan

untung-untung dapat banyak hadiah daripada family n kawan-kawan
hadiah selalu kita akan dapat

  • rice cooker
  • blender
  • dapur gas dua tungku



dannn...beberapa perkakas rumah yang lain
ok kat sini jimat sikit la bila pindah rumah baru
tapi kena ingat banyak lagi barang-barang penting yang kita kena beli macam

  • katil
  • almari baju
  • peti ais
  • mesin basuh
  • pinggan mangkuk sudu garfu periuk belanga
  • kereta
fuhh
macam2

lepas setahun.....
dapat baby pulak
bersalin hospital kena bayar
nak murah pergi kerajaan
kalau nak masyukk masuk hospital swasta
tp bayar pun masyukk la
barang-barang baby lagi

  • lampin
  • baju
  • sabun
  • susu (nak jimat bagi susu ibu je.tu pun kalau tak ada apa-apa masalah.kalau kurang susu?kena jugak beli susu tepung)
  • st0kin
dll.......

see???
banyak tanggungjawapkan?
ni cuma dari segi fizikal je
berbentuk barangan
tu belum campur masalah bergaduh dengan biras,beras
mak mertua tak suka kau jadi menantu dia
kau tak selesa nak balik rumah dia yang sedang-sedang je padahal rumah kau kemain besar lagi
sebelum kawen banyak yang kita kena fikir
kena fikir dah pandai urus suami,anak-anak ke?
pandai masak dah?
sampai bila nak bagi suami,anak-anak makan lauk kedai?
boleh ke kita biasakan diri jarang-jarang balik kg kita sebab suami kita orang utara,kita orang selatan?
tu dia......
panjangnye entry ni
ok stop
h0pefully kita semua berjaya menempuh alam rumahtangga dengan jayanya
peace!  >_~

Friday, November 4, 2011

GEL ELECTROPHORESIS



DNA suspek-suspek





Micropipetter



Sepetang pemandangan dari makmal selepas CSI menampakkan banjaran titiwangsa.

Monday, October 31, 2011

THE SIMPLEST NASI GORENG


Assalamualaikum...
gugurls n b0b0ys yang rasa-rasa penat aka malas nak masak rumit-rumit hari ni
wa nak bagi resepi nasi g0reng termudah di dunia
fuh
termudah tewww
m0h wa tunjukkan 

Bahan-bahan :


  1. Semangkuk nasi putih
  2. Kicap manis
  3. Sebiji telur
  4. Sedikit minyak
  5. Garam secukup rasa


ha teng0k.....5 bahan je
bahan ni pun semua dijamin ada dekat dapur tu
ce teng0k kt dapur
ada kan?kan?
ok sekarang langkah-langkah pula

Langkah-langkah :

1. Panaskan minyak

2. Masukkan nasi ke dalam kuali dan masukkan kicap secukup rasa


3. Gaul hingga sebati

4. Pecahkan telur dan masukkan ke dalam kuali


5. Gaul hingga telur masak

6. Akhir sekali masukkan garam

7. Siap!

Ngee.............




Tuesday, October 18, 2011

GAMELAN


Assalamualaikum...
ha ce teka ni apa...............
hehehe













ha dah2
tak yah nak tekan g0ogle ke yah0o ke 
biar wa bagi tahu
ni dia b0nang bar0ng
eh ke bar0n???
hahaha
ok fine
abaikan
b0nang ni salah satu alat dalam gamelan
wa main alat ni la
caya tak?
tak caya sudah~
hehehe
lagu pertama yang team wa berjaya alunkan ialah lenggang kangkung
sayangnye tak b0leh upl0ad kt sini utk d dengar.
huhu...