gUgurls n b0b0ys

Saturday, December 31, 2011

Tentang Dhia Episod Akhir




Walaupun wa tak ikut sepenuhnya cerita Tentang Dhia ni tapi tengok ending pun meleleh air mata.
Fuh...memang terbaik la.
Jarang-jarang dapat tengok pelakon Malaysia yang mampu bawak watak sedih dengan berkesan.

ERL - TRAIN LAJU KE KLIA




Assalamualaikum.
Ha...hari ni wa nak kongsi pengalaman naik ERL (Express Rail Link) lepas balik dari Sarawak.
Sampai je LCCT kak ude wa hantar naik ERL dekat Bandar Salak Tinggi sebab wa nak balik kolej.
Sebenarnya ada bas transit yang akan bawak kita dari LCCT ke stesen ERL ni.
Jangan risau.
Banyak kaunter bas dekat LCCT tu.
Sampai-sampai je macam teruja la sebab pertama kali nak naik.
Selalu naik LRT je.
hehehehe.
1 benda wa rasa lain dari naik LRT, bila kita nak masuk kena tekan butang dekat pintu ERL tu baru dia terbuka.
Kalau tunggu dia terbuka sendiri alamatnya kena tinggal la.
Da.........
=)
Tempat duduk pun selesa.
Perjalanan pun bak kata mat saleh 'smooth' je.
Dalam masa 20 minit wa sampai dah TBS (Terminal Bersepadu Selatan) untuk naik Star LRT ke Plaza Rakyat.
Tambang wa dari Bandar Salak Tinggi ke TBS RM8.90
ERL ni berhenti di beberapa stesen iaitu

·       KLIA
·       BANDAR SALAK TINGGI
·       PUTRAJAYA & CYBERJAYA
·       BANDAR TASIK SELATAN
·       KL SENTRAL

Friday, December 30, 2011

Jozan - Maharaja Lawak Mega Akhir

SARAWAK


Negeri Sarawak
kali pertama wa pergi masa tingkatan 4 kalau tak silap wa
kali ni wa bertandang ke Sarawak untuk kali yang ke 2
Alhamdulillah..ada rezeki

Laksa Sarawak

ha ini dia salah satu yang musti wa cuba masa ada di Sarawak ni
laksa sarawak ni beza dengan laksa lain sebab mee dia pakai bihun
kuah dia pun bau macam jamu sikit
hehe
tapi bila makan sedap


Muzium Kucing

ni pulak Muzium Kucing
macam-macam bentuk kucing yang dipamerkan kat dalam muzium ni
masuk pun percuma
cuma kalau bawa kamera kena bayar la
sebab tu wa ambik gambar dari luar je
hehehehe
jimat


ni wa naik bot merentasi sungai
wa naik bot ni cuma RM1 pergi dan balik
ha jangan la teruja sangat sebab baca macam murah
hahahaha
memang la murah sebab dekat je pergi dan balik tu
kalau orang d0lu-d0lu kata jauhnya macam sepelaung je

Taman Orkid


lepas tu wa pergi ke Taman Orkid
taman ni dekat je dengan tempat naik bot tadi
kami sekeluarga berhenti pun sebab ayah dan mak minat orkid
jadi saja nak meninjau spesis orkid apa yang ada kat situ
cantik jugak taman ni
terjaga
bersih je


Pelabagai jenis kek lapis

ha.......lagi satu yang terkenal dekat Sarawak ni ialah kek lapis
fuh!memang mant0p la semua kek yang ada kat sini
family wa pergi ke rumah Dayang Salhah
style orang jual kek lapis dekat sini mereka membuat,menjual dan menerima tempahan dari rumah
kita tempah hari ni
esok mereka hantar ke hotel tempat kita menginap
siap bungkuskan lagi
senang bawak balik
(>_~)

Kampung Budaya Sarawak






Pokok Sagu


lagi 1 yang menarik dekat sini ialah Kampung Budaya Sarawak
ala-ala Mini Malaysia dekat Melaka la
macam-macam jenis rumah orang Sarawak yang ada dekat sini
lepas tu yang paling best beb wa cakap sama lu ialah persembahan tarian sarawak
memang terbaik la!!
penari-penari dia pandai menarik perhatian pengunjung
sambil menari pun buat lawak
hahaha
tiket masuk RM60
dengar macam mahal tapi lepas tengok tarian tu kita akan rasa berbal0i-bal0iii.......


Thursday, December 29, 2011

Syria shawl style - TudungPeople

TERLAMBAT...

siapa tahu kan hidup diri sendiri dan orang di sekeliling berapa lama?
wa ingat tok mak sempat tengok wa konvo
wa pun tak sangka tok mak tak sempat even tengok wa ambil exam PMR
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
ok
wa tak dapat nak luahkan masalah yang berlaku ni
tak terkata rasanya
I really hope that she will survive 

please... kamu kena happy
orang sakit kalau sedih tentu lagi sakitkan? 
senyum ok
nanti tak ada sape nak tengok hindustan dengan wa lagi
:'(

Saturday, December 3, 2011

NASI LEMAK SUSU

hehehe
ok hari ni wa buat kerja gila
wa nak wat nasi lemak
tapi tadi tengok-tengok santan kotak dah habis
ala hai...tak kuasa nak ke kedai
lepas tu wa pun terpandang susu cair
wa teringat yang makcik wa pernah wat lontong guna susu cair yang menggantikan santan
s0 wa rasa b0leh la k0t buat nasi lemak pakai susu cair
santan tak ada
hahahaha
wa wat la tadi
teng0k-teng0k nasi lemak jadi warna nasi ayam



kalau makan gitu je memang la ada rasa susu sikit tapi tak pekat rasa susunya
kalau dah makan dengan sambal,kacang g0reng,ikan bilis, hilang dah rasa susu tu
kalau k0rang nak cuba resepi ni buat la
hehehe
ok meh wa cerita macam mana wa buat

Bahan-bahan :

NASI LEMAK

2 cawan beras
1/3  tin susu cair
air
garam
sehelai daun pandan

SAMBAL IKAN BILIS

Segenggam ikan bilis yang dah dibuang perut
Sebiji bawang merah
Cili kisar
Air
Garam
Gula

Langkah-Langkah membuat nasi lemak : 

Masak nasi lemak ni macam masak nasi biasa cuma lebihkan sedikit air

Langkah-langkah membuat sambal :

  • Goreng ikan bilis hingga garing dan angkat
  • Dengan menggunakan minyak yang sama tumis bawang yang dah tumbuk hingga naik bau
  • Masukkan cili kisar 10 sudu dan g0reng hingga garing
  • Masukkan sedikit air,garam dan gula
  • Masukkan ikan bilis g0reng tadi
  • Masak sambal hingga sedikit kering dan tutup api






KARIPAP SARDIN

assalamualaikum...;)

hai mak cik, pak cik, kak l0ng, kak ngah semua!
petang ni wa nak c0t cet cot cet pasal resepi karipap sardin
wa wat minggu lepas
teringin nak makan
tengok sardin 1 tin pun ada
bahan-bahan semua cukup
wa ni pembuat karipap amatur
jadi kalau ada salah silap tegur-tegur la ye
s0 meh wa k0ngsi cara dan bahan-bahan wa wat karipap sardin

Bahan-bahan :

INTI
1 tin sardin (yang paling besar tu tau.yang ada 3,4 ketul sardin besar-besar tu)
2 biji telur
2 ulas bawang putih - tumbuk 
1/2 biji bawang besar - hiris
sedikit halia - tumbuk
sos cili
sos tomato
cili kisar/giling

KULIT KARIPAP
tepung gandum - 2 cawan
mentega - 3 sudu
minyak yang dipanaskan - 4 sudu
1/2 cawan air suam dan sedikit garam - dilarutkan

Langkah-langkah membuat inti:
  1. Asingkan ikan sardin dengan sosnya
  2. Goreng ikan sardin sehingga garing dan angkat 
  3. Pecahkan 2 biji telur dan goreng. Hancurkan telur ni tau
  4. Kemudian panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan halia sehingga naik bau
  5. Masukkan cili kisar dan tumis hingga garing
  6. Masukkan ikan sardin yang telah digoreng tadi, telur hancur, sos cili, sos tomato dan sos yang diambil daripada tin sardin
  7. Akhir sekali masukkan bawang besar yang telah dihiris
  8. Kacau sehingga inti tadi jadi sedikit kering
  9. Tutup api

Langkah-langkah membuat kulit karipap: 

  1. Sediakan 1 bekas besar dan letak tepung gandum.
  2. Ambil 3 sudu mentega dan gaulkan ke dalam tepung tadi
  3. Panaskan minyak masak dan tuangkan ke dalam campuran tepung dan mentega
  4. Gunakan sudip dan gaul rata ketiga-tiga bahan tadi (guna sudip sebab minyak tadi panas. Nanti takut melecur jari-jari tu =)
  5. Kemudian masukkan air garam sedikit demi sedikit.
  6. Ha sekarang gunakan tangan tu untuk uli adunan supaya jadi macam dalam gambar kat bawah ni.


Langkah-langkah membuat karipap:

  • Gelek doh karipap tu sampai besar tapak tangan
  • lepastu ambil 2 sudu inti sardin dan letak ditengah-tengah
  • Lipat kulit dan dan kelim di tepi sampai habis



  • Bila dah jadi macam ni, boleh la g0reng.


  • Lepas tu boleh la makan 
  • nyum!

Thursday, December 1, 2011

KOMPONEN SISTEM PELINCIR KERETA


 hai gugurls...
u allsS mesti tak kenal bahagian-bahagian sistem pelinciran kat kereta u allsS tu
kn?kn?
hehehe..
wa agak dah
wa pun macam u allsS jugak.
s0 lepas belajar dalam bengkel enjin temp0h hari
wa rasa terpanggil nak kenalkan kat gugurls yang bawak kereta tu mana satu tangki minyak hitam.
okk 1st of all wa nak terangkan kenapa panggil minyak hitam.
sebenarnya minyak hitam tu minyak pelincir enjin.
warna dia yang seben0-ben0nye macam warna air ribena tu.
tapi disebabkan oleh debu,habuk dan sebagainya
minyak tu pun bertukar jadi warna hitam.
tu yang kita d0k panggil minyak hitam. 

Extension L

ok yang kat atas ni nama dia extension L.
kegunaan dia macam sepana hujung terbuka jugak la .
cuma yang ni lebih el0k dipakai untuk bukak nat yang tersembunyi.
untuk bukak tangki minyak hitam,ada 16 biji nat yang kita kena bukak.
fuh memang mencabar la untuk gugurls yang baru 1st time nak cuba bukak.


tangki minyak

yang dipegang tu la tangki mintak hitam/minyak pelincir.

tangki minyak hitam/minyak pelincir

penapis minyak pelincir

penyedut minyak pelincir

ok wa nak bagi tau la kepentingan minyak pelincir ni.
yang pertama dia penting sebab dia melancarkan pergerakan komponen dalam enjin yang bergerak macam piston, aci engkol, aci sesondol dan rod penghubung.
lepas tu minyak ni penting jugak untuk kurangkan kepanasan pada komponen enjin yang bergerak tadi
ok gugurls dah faham kan??
jadi lepas ni ambil berat pasal kereta masing-masing.
jangan biarkan b0b0ys yang k0non pandai bab enjin tu memperlekehkan anda
kehkehkeh
ok da........=)