gUgurls n b0b0ys

Saturday, December 31, 2011

ERL - TRAIN LAJU KE KLIA




Assalamualaikum.
Ha...hari ni wa nak kongsi pengalaman naik ERL (Express Rail Link) lepas balik dari Sarawak.
Sampai je LCCT kak ude wa hantar naik ERL dekat Bandar Salak Tinggi sebab wa nak balik kolej.
Sebenarnya ada bas transit yang akan bawak kita dari LCCT ke stesen ERL ni.
Jangan risau.
Banyak kaunter bas dekat LCCT tu.
Sampai-sampai je macam teruja la sebab pertama kali nak naik.
Selalu naik LRT je.
hehehehe.
1 benda wa rasa lain dari naik LRT, bila kita nak masuk kena tekan butang dekat pintu ERL tu baru dia terbuka.
Kalau tunggu dia terbuka sendiri alamatnya kena tinggal la.
Da.........
=)
Tempat duduk pun selesa.
Perjalanan pun bak kata mat saleh 'smooth' je.
Dalam masa 20 minit wa sampai dah TBS (Terminal Bersepadu Selatan) untuk naik Star LRT ke Plaza Rakyat.
Tambang wa dari Bandar Salak Tinggi ke TBS RM8.90
ERL ni berhenti di beberapa stesen iaitu

·       KLIA
·       BANDAR SALAK TINGGI
·       PUTRAJAYA & CYBERJAYA
·       BANDAR TASIK SELATAN
·       KL SENTRAL

1 comment:

  1. Casino City - JTHub
    Casino City. 1 Broadway, NY. 1 Broadway, 영천 출장안마 NY. 1 창원 출장안마 Broadway, 경기도 출장안마 NY. United States of America. 계룡 출장안마 Phone: 양산 출장안마 860.862.7777. Website: www.pokeratlas.com

    ReplyDelete