gUgurls n b0b0ys

Saturday, December 31, 2011

Tentang Dhia Episod Akhir




Walaupun wa tak ikut sepenuhnya cerita Tentang Dhia ni tapi tengok ending pun meleleh air mata.
Fuh...memang terbaik la.
Jarang-jarang dapat tengok pelakon Malaysia yang mampu bawak watak sedih dengan berkesan.

ERL - TRAIN LAJU KE KLIA




Assalamualaikum.
Ha...hari ni wa nak kongsi pengalaman naik ERL (Express Rail Link) lepas balik dari Sarawak.
Sampai je LCCT kak ude wa hantar naik ERL dekat Bandar Salak Tinggi sebab wa nak balik kolej.
Sebenarnya ada bas transit yang akan bawak kita dari LCCT ke stesen ERL ni.
Jangan risau.
Banyak kaunter bas dekat LCCT tu.
Sampai-sampai je macam teruja la sebab pertama kali nak naik.
Selalu naik LRT je.
hehehehe.
1 benda wa rasa lain dari naik LRT, bila kita nak masuk kena tekan butang dekat pintu ERL tu baru dia terbuka.
Kalau tunggu dia terbuka sendiri alamatnya kena tinggal la.
Da.........
=)
Tempat duduk pun selesa.
Perjalanan pun bak kata mat saleh 'smooth' je.
Dalam masa 20 minit wa sampai dah TBS (Terminal Bersepadu Selatan) untuk naik Star LRT ke Plaza Rakyat.
Tambang wa dari Bandar Salak Tinggi ke TBS RM8.90
ERL ni berhenti di beberapa stesen iaitu

·       KLIA
·       BANDAR SALAK TINGGI
·       PUTRAJAYA & CYBERJAYA
·       BANDAR TASIK SELATAN
·       KL SENTRAL

Friday, December 30, 2011

Jozan - Maharaja Lawak Mega Akhir

SARAWAK


Negeri Sarawak
kali pertama wa pergi masa tingkatan 4 kalau tak silap wa
kali ni wa bertandang ke Sarawak untuk kali yang ke 2
Alhamdulillah..ada rezeki

Laksa Sarawak

ha ini dia salah satu yang musti wa cuba masa ada di Sarawak ni
laksa sarawak ni beza dengan laksa lain sebab mee dia pakai bihun
kuah dia pun bau macam jamu sikit
hehe
tapi bila makan sedap


Muzium Kucing

ni pulak Muzium Kucing
macam-macam bentuk kucing yang dipamerkan kat dalam muzium ni
masuk pun percuma
cuma kalau bawa kamera kena bayar la
sebab tu wa ambik gambar dari luar je
hehehehe
jimat


ni wa naik bot merentasi sungai
wa naik bot ni cuma RM1 pergi dan balik
ha jangan la teruja sangat sebab baca macam murah
hahahaha
memang la murah sebab dekat je pergi dan balik tu
kalau orang d0lu-d0lu kata jauhnya macam sepelaung je

Taman Orkid


lepas tu wa pergi ke Taman Orkid
taman ni dekat je dengan tempat naik bot tadi
kami sekeluarga berhenti pun sebab ayah dan mak minat orkid
jadi saja nak meninjau spesis orkid apa yang ada kat situ
cantik jugak taman ni
terjaga
bersih je


Pelabagai jenis kek lapis

ha.......lagi satu yang terkenal dekat Sarawak ni ialah kek lapis
fuh!memang mant0p la semua kek yang ada kat sini
family wa pergi ke rumah Dayang Salhah
style orang jual kek lapis dekat sini mereka membuat,menjual dan menerima tempahan dari rumah
kita tempah hari ni
esok mereka hantar ke hotel tempat kita menginap
siap bungkuskan lagi
senang bawak balik
(>_~)

Kampung Budaya Sarawak






Pokok Sagu


lagi 1 yang menarik dekat sini ialah Kampung Budaya Sarawak
ala-ala Mini Malaysia dekat Melaka la
macam-macam jenis rumah orang Sarawak yang ada dekat sini
lepas tu yang paling best beb wa cakap sama lu ialah persembahan tarian sarawak
memang terbaik la!!
penari-penari dia pandai menarik perhatian pengunjung
sambil menari pun buat lawak
hahaha
tiket masuk RM60
dengar macam mahal tapi lepas tengok tarian tu kita akan rasa berbal0i-bal0iii.......


Thursday, December 29, 2011

Syria shawl style - TudungPeople

TERLAMBAT...

siapa tahu kan hidup diri sendiri dan orang di sekeliling berapa lama?
wa ingat tok mak sempat tengok wa konvo
wa pun tak sangka tok mak tak sempat even tengok wa ambil exam PMR
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
ok
wa tak dapat nak luahkan masalah yang berlaku ni
tak terkata rasanya
I really hope that she will survive 

please... kamu kena happy
orang sakit kalau sedih tentu lagi sakitkan? 
senyum ok
nanti tak ada sape nak tengok hindustan dengan wa lagi
:'(

Saturday, December 3, 2011

NASI LEMAK SUSU

hehehe
ok hari ni wa buat kerja gila
wa nak wat nasi lemak
tapi tadi tengok-tengok santan kotak dah habis
ala hai...tak kuasa nak ke kedai
lepas tu wa pun terpandang susu cair
wa teringat yang makcik wa pernah wat lontong guna susu cair yang menggantikan santan
s0 wa rasa b0leh la k0t buat nasi lemak pakai susu cair
santan tak ada
hahahaha
wa wat la tadi
teng0k-teng0k nasi lemak jadi warna nasi ayam



kalau makan gitu je memang la ada rasa susu sikit tapi tak pekat rasa susunya
kalau dah makan dengan sambal,kacang g0reng,ikan bilis, hilang dah rasa susu tu
kalau k0rang nak cuba resepi ni buat la
hehehe
ok meh wa cerita macam mana wa buat

Bahan-bahan :

NASI LEMAK

2 cawan beras
1/3  tin susu cair
air
garam
sehelai daun pandan

SAMBAL IKAN BILIS

Segenggam ikan bilis yang dah dibuang perut
Sebiji bawang merah
Cili kisar
Air
Garam
Gula

Langkah-Langkah membuat nasi lemak : 

Masak nasi lemak ni macam masak nasi biasa cuma lebihkan sedikit air

Langkah-langkah membuat sambal :

  • Goreng ikan bilis hingga garing dan angkat
  • Dengan menggunakan minyak yang sama tumis bawang yang dah tumbuk hingga naik bau
  • Masukkan cili kisar 10 sudu dan g0reng hingga garing
  • Masukkan sedikit air,garam dan gula
  • Masukkan ikan bilis g0reng tadi
  • Masak sambal hingga sedikit kering dan tutup api